Monday 9 September 2013

Kalam bidadari..'1'



Bidadari…satu gelaran yang sudah dapat mengambarkan keindahan akhlaknya..mana bisa insan yang sedikit sahaja diberi ujian boleh mengapai darjat sebagai bidadari..hidup didunia jika tiada pegangan agama yang kukuh..kelak menjadi pengemis di hari kemudian..jika punya jua agama tapi tidak merasainya..tidak memahaminya..tidak mengamalkannya…tidak menyampaikannya…manakan terasa nikmat sebenar hidup dengan roh agama..diri ini yang jua tidak terlepas dari segala kelemahan..ibarat pohon yang dimamah anai-anai jika tiada roh agamaNya..bisa sahaja terkapai-kapai mencapai pertolongan..meraba-raba didalam kegelapan...diriku tidak pernah putus harap padaNya untuk menjadi pencintaNya..kisah-kisah cinta yang tersusun rapi didalam lembaran-lembaran para kekasihNya bisa saja kita perolehi jika kita sudah merasai bahang cintaNya..seperti zikir yang tidak pernah lekang dari bibir-bibir si perindu tuhanNya..."Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu...tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu..dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku...ampunilah dosaku..sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."..pintu taubatNya terbuka luas..Dia tahu..tatkala hambaNya bertaubat..sampai suatu masa dimana jika tiada iman didalam dadanya pasti dia berbuat dosa..lantas bertaubat semula..kembali padaNya..Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang..kita sebagai hamba tidak pernah terlepas dari terleka dari melakukan dosa..dosa besar atau dosa kecil..secara terang atau sembunyi..maka, mari saudaraku...lazimilah lidah dan hati kita untuk mengungkapkan kalimah ISTIGHFAR..ianya tidak perlu modal..ia jua boleh menjadi 'baju kalis' diri kita sebelum memulakan sesuatu kemungkaran...dan ia akan membuatkan kita sentiasa ingat bahwasanya kita hanya HAMBA-Nya yang sering melakukan dosa...tidak kira masa dan keadaan...
akhir bicaraku untuk 'kalam bidadari 1' kali ini...mari kita renung bersama.......
 "jika satu mangkuk yang kotor kita hidangkan dengan makanan yang enak..adakah kita mampu untuk menjamu hidangan tersebut??" (3 situasi jawapan; 1=angguk kepala, 2=geleng kepala, 3=tersenyum) 
ketiga-tiga situasi jawapan diatas ada maksud tersirat yang cuba untuk diri ini rungkaikan..berfikir dalam zikir pasti temui jawapan yang paling indah.. 
bayangkan...jika hati kita dipenuhi dengan 'kekotoran'..bagaimana cahayaNya mahu masuk kedalam hati kita...

::: nantikan kalam bidadari yang seterusnya :::  (^^,)




Tuesday 3 September 2013

ketenangan...

pagi yang indah ini kurasakan tenang dan damai sekali
tiap perkara dilakukan dengan tenang dan tersusun
membuatkan kedua hati umi dan ayahku senang
ia membuatku bahagia
semalam ku menziarahi guruku
melihatkan wajahnya sahaja membuatkan hati ini setenang air dikali
mengalir sejuk hingga meresap ke nurani
tak mampu berbicara lebih lebih dari gigi
hanya banyak bicara dari dalam hati
kerna rasa hormat dan adab yang tinggi pada guruku
doakan anak muridmu ini guruku
untuk terus istiqomah dalam zikrullah
mencapai ape yang ingin dicapai
mengapai apa yang ingin digapai
memegang apa yang ingin dipegang
merasai apa yang dirasai
merindui apa yang dirindui
menyayangi apa yang disayangi
penghulu sekalian alam
Rasul junjungan mulia
kecintaan dan kerinduan pada baginda
fikir umat dihati baginda
tanpa melalui baginda
kita insan biasa ini tak mampu untuk mengenal Tuhan pencipta alam
tidak mengapai makrifah pada tuan empunya cinta
sollu'alannabiy!!!!  (^^,)


Sunday 1 September 2013

Riwayat Hidup Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...