Monday 9 September 2013

Kalam bidadari..'1'



Bidadari…satu gelaran yang sudah dapat mengambarkan keindahan akhlaknya..mana bisa insan yang sedikit sahaja diberi ujian boleh mengapai darjat sebagai bidadari..hidup didunia jika tiada pegangan agama yang kukuh..kelak menjadi pengemis di hari kemudian..jika punya jua agama tapi tidak merasainya..tidak memahaminya..tidak mengamalkannya…tidak menyampaikannya…manakan terasa nikmat sebenar hidup dengan roh agama..diri ini yang jua tidak terlepas dari segala kelemahan..ibarat pohon yang dimamah anai-anai jika tiada roh agamaNya..bisa sahaja terkapai-kapai mencapai pertolongan..meraba-raba didalam kegelapan...diriku tidak pernah putus harap padaNya untuk menjadi pencintaNya..kisah-kisah cinta yang tersusun rapi didalam lembaran-lembaran para kekasihNya bisa saja kita perolehi jika kita sudah merasai bahang cintaNya..seperti zikir yang tidak pernah lekang dari bibir-bibir si perindu tuhanNya..."Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu...tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu..dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku...ampunilah dosaku..sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."..pintu taubatNya terbuka luas..Dia tahu..tatkala hambaNya bertaubat..sampai suatu masa dimana jika tiada iman didalam dadanya pasti dia berbuat dosa..lantas bertaubat semula..kembali padaNya..Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang..kita sebagai hamba tidak pernah terlepas dari terleka dari melakukan dosa..dosa besar atau dosa kecil..secara terang atau sembunyi..maka, mari saudaraku...lazimilah lidah dan hati kita untuk mengungkapkan kalimah ISTIGHFAR..ianya tidak perlu modal..ia jua boleh menjadi 'baju kalis' diri kita sebelum memulakan sesuatu kemungkaran...dan ia akan membuatkan kita sentiasa ingat bahwasanya kita hanya HAMBA-Nya yang sering melakukan dosa...tidak kira masa dan keadaan...
akhir bicaraku untuk 'kalam bidadari 1' kali ini...mari kita renung bersama.......
 "jika satu mangkuk yang kotor kita hidangkan dengan makanan yang enak..adakah kita mampu untuk menjamu hidangan tersebut??" (3 situasi jawapan; 1=angguk kepala, 2=geleng kepala, 3=tersenyum) 
ketiga-tiga situasi jawapan diatas ada maksud tersirat yang cuba untuk diri ini rungkaikan..berfikir dalam zikir pasti temui jawapan yang paling indah.. 
bayangkan...jika hati kita dipenuhi dengan 'kekotoran'..bagaimana cahayaNya mahu masuk kedalam hati kita...

::: nantikan kalam bidadari yang seterusnya :::  (^^,)




Tuesday 3 September 2013

ketenangan...

pagi yang indah ini kurasakan tenang dan damai sekali
tiap perkara dilakukan dengan tenang dan tersusun
membuatkan kedua hati umi dan ayahku senang
ia membuatku bahagia
semalam ku menziarahi guruku
melihatkan wajahnya sahaja membuatkan hati ini setenang air dikali
mengalir sejuk hingga meresap ke nurani
tak mampu berbicara lebih lebih dari gigi
hanya banyak bicara dari dalam hati
kerna rasa hormat dan adab yang tinggi pada guruku
doakan anak muridmu ini guruku
untuk terus istiqomah dalam zikrullah
mencapai ape yang ingin dicapai
mengapai apa yang ingin digapai
memegang apa yang ingin dipegang
merasai apa yang dirasai
merindui apa yang dirindui
menyayangi apa yang disayangi
penghulu sekalian alam
Rasul junjungan mulia
kecintaan dan kerinduan pada baginda
fikir umat dihati baginda
tanpa melalui baginda
kita insan biasa ini tak mampu untuk mengenal Tuhan pencipta alam
tidak mengapai makrifah pada tuan empunya cinta
sollu'alannabiy!!!!  (^^,)


Sunday 1 September 2013

Riwayat Hidup Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab, kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama, tetapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya Rabiatul Adawiyah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa di samping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia. dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya dan merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.
 
 
 

Wednesday 3 July 2013

Kata-kata itu....

salam'alaik...  :(
kata-kata...
yang dirungkai dari bibir yang sentiasa zikir padaNya...
kata-kata..
ianya indah jika disulam dengan cinta padaNya...
diriku hanya insan lemah..yang masih dalam kembara cinta serta ilmuNya...
mengapa dirimu tercuit secebis kemarahan...
adakah diriku tidak layak untuk memberi sebarang pandangan...
jangan pernah sekali dirimu terjerat oleh godaan nafsu...
wahai saudaraku...engkau adalah ketua kepada keluargamu...
pemimpin yang membawa syiar ISLAM...
pejuang yang membawa bendera kalimah agung...
kenapa dirimu begitu lemah...
kenapa hatimu begitu rapuh...
rapuh dengan dilanda kemarahan....
diriku bukan lah mengejar cinta sang teruna...
diriku bukan lah ingin mengapai perhatian sang teruna...
sedarlah akan mksud kata-kata itu...
doaku kerap kusulam agar kita sesama ISLAM dapat menegakkan syiar dengan tenang dan semangat juang...
maafkan diriku andai terlihat akan khilaf diriku...

(mg cahayaNya akan menyuluh jalan sekalian ummah...)

Monday 17 June 2013

Dalam Ku Berfikir...

Detik-detik yang mambawa diriku berfikir..
kebahagiaan yang sukar untuk ku gapai..
sukar difahami...
sukar untuk ku luahkan...
jiwa terdiam..fikiran kaku..
agak sukar jika seseorang yang jauh denganNya..
untuk merasa bahagia..dengan hy secubit nikmat yg diberikan...
jalan-jalan yang membawa diri menempuh pelbagai pengorbanan...
diriku terlalu rindu...
diriku rindu akan tarbiah dariNya,..
diri sibuk dengan dunia yg fana'...
hati penuh dengan kebesaran diri...
makin tipis dan nipis kebesaranNya dalam diri...
banyak melakar persoalan...
hanyut dengan nafsu dunia...
jiwa terasing...diri terasing...
ROH terasing...
senantiasa berasa sedih...lemah..tidak bermaya...
siapa yang bisa merungkai resah hatiku ini???
 

Thursday 13 June 2013

Lelaki, Kucing & Ahli sufi


 
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"


Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."


Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.
http://www.tranungkite.ne

p/s: kiut kan meow2 ni...rindu kat kucing2 ambo...Allah lebih sygkan mereka...ha, bukan manusia je kite slalu kata gitu.... :)

Penantian dalam doa...

salam'alaik...sollua'alannabiy!!!!

hari yang mulia...
diawal hariku yang penuh dengan ujian demi ujian dariNya...
tanggaungjawab..amanah..keizinan..keredhaan....
alhamdulillah, keluarga memahami akan tugasku saat ini...
moga rahmat dan kasih sygNYA menyeliputi keluargaku..
ku terfikir sesuatu saat ku diuji ketika itu..
sesuatu pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi sesuatu bebanan jika ianya tiada tolak ansur antara 2 pihak..
sukar untuk mencari sesuatu yang 'selesa'..
wanita yang menjaga ikhtilat kdg2 mereka dicemuh kerana tiada sifat keterbukaan...
wanita perlu menjaga diri dimana sahaja...
pergaulan semasa kerja amat-amat penting untuk dijaga dan dipelihara...
kerna, pekerjaan itu sesuatu jalan untuk mencari rezki..tapi perlu kene dengan caranya...hukumnya...
adakah akhawat kat luar sana pernah digelar sebagai "kamu terlalu me'limit'kan diri kamu sendiri"??
takat diri mendengar akan ungkapan itu, terus terukir senyuman(bercampur sedih hati) diwajah kerana ada dikalangan saudara kita melontarkan kata-kata tersebut...
hy doa yang bisa ku salurkan untuk mereka..
Ya Robb...ampuni kami...
dunia semakin sampai pada akhirnya...
hati masih terpaut pada dunia...
ku mohon padaMU..dengan usaha-usaha dakwah yang diperjuangkan oleh umat-umatku ini...menjadi asbab untuk mengapai hidayah dan taufiq dariMU...
ameen Ya Robb.... :'(
    


Saturday 1 June 2013

SedihHati..

saat ini hatiku terasa amat sedih 
aku tak mengerti ape punca sedih hatiku ini
mungkinkah rindu
mungkinkah terasa jauh

saat itu bakal tiba..

salam'alaik...

saat itu pasti menjadi penantian tiap hambaNya
persiapan demi persiapan dilakukan untuk melengkapkan diri
kali ini saat itu membawa sesuatu makna yang amat dalam pada diriku
ianya bakal merubah diriku
ianya bakal menentukan masa depanku
yang amat pasti
tanggungjawabku semakin meluas selepas saat itu
ku mohon padaNya agar diriku dapat bersedia untuk menempuh saat itu
kebahagiaan selepas saat itu yang tak pernah ku rasa
adakah ianya boleh membuat hatiku tersenyum
saat itu pasti tiba
saat itu bakal tiba
moga segala urusan dipermudahkan



Friday 31 May 2013

...QASIDAH MUHAMMADIYAH...

مَحمّد اشرف الأعراب والعجم
محمد خير من يمشى على قدم
Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik2 manusia yg berjalan di bumi ini
محمد باسط المعروف جامعه
محمد صاحب الإحسان والكرم
Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammadlah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan
محمد تاج رسل الله قاطبة
محمد صادق الأقوال والكلم
Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata2nya
محمد ثابت الميثاق حافظه
محمد طيب الأخلاق والشيم
Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya
محمدرويت بالنور طينته
محمد لم يزل نوراً من القِدَم
Muhammad, tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi
محمد حاكم بالعدل ذو شرف
محمد معدن الإنعام والحكم
Muhammad seorang hakim yang adil punyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah
محمد خير خلق الل من مضرٍ
محمد خير رسل الله كلهم
Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul Allah, seluruhnya
محمد دينه حق ندين به
محمد مجملا حقا على علم
Muhammad, agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar2nya
محمد ذكره روح لأنفسنا
محمد شكره فرض عاى العمم
Muhammad, mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad, wajib kita berterima kasih kepadanya
محمد زينة الدنيا وبهجتها
محمد كاشف الغمّات والظلم
Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan
محمد سيّد طابت مناقبه
محمد صاغه الرحمن بالنعم
Muhammad, penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik2 nikmat oleh Allah
محمد صفوة البارى وخيرته
محمد طاهر من سائر التهم
Muhammad, adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan
محمد ضاحك للضيف مكرمه
محمد جاره والله لم يضم
Muhammad,tersenyum buat tetamunya , bahkan memuliakannya
Muhammad, jirannya demi Allah tidak dizaliminya
محمد طابت الدنيا ببعثته
محمد جآء بالآيات والحكم
Muhammad, alangkah indahnya dunia dgn kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mukjizat dan hikmah-hikmah
محمد يوم بعث الناس شافعنا
محمد نوروه الهادى من الظلم
Muhammad, kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nur nya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan
محمد قائم لله ذو همم
محمد خاتم للرسل كلّهم
Muhammad,tidak putus-putus menghadap Allah dgn penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah,seluruhnya

p/s: first time dengar qasidah ni, terus jatuh cinta dan menitis airmata tidak henti...tiada ungkapan yang bisa keluar tatkala airmata yang gugur dkebumi pabila kedengaran bait-bait indah ini..terasa spt Baginda berada disisi menepuk2 bahu, agar BERSABAR...

Teratak baru..


maaf, diri melakar lembaran baru, dahulunya diri dikenali melalui kembaramenujucintaNya... selamat bertandang ke teratak diri yg baru kembaracinta99...moga lembaran-lembaran yg akan diri sampaikan dapat menyuntik roh antum semua utk sama-sama dalam kembaracintapadaNya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...